Salam to all readers. Semoga kita senantiasa berada di antara mereka yang mendapat pandangan belas-kasih dari-Nya. Semoga. Mari kita bersama merenung sejenak, ambil masa seminit untuk refleks diri kita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita serta reaksi kita dalam menghadapi perkara yang didatangkan khas dari-Nya untuk menguji hamba-Nya di muka bumi ini. Ya. Ujian dan cabaran itu adalah sebahagian dari kehidupan kita. Mereka yang kehidupannya tanpa arus naik serta turun adalah TIDAK NORMAL.
*tarik nafas, hembus, tarik serta hembus kembali*
Okay, over tak intro? melampau kalah karangan SPM 2010 yang aku karang dahulu. Kepada mereka yang masih setia membaca coretan hampas aku, terima kasih aku ucapkan. Kepada mereka yang tiba-tiba terstalk blog ini, well, thank you too. Kepada mereka yang sudah mula nak terlintas mengutuk blog ini even sekecil typo, aku sarankan tekan button 'x' sebab dikhuatiri anda akan dapat dosa kering.
Takut tak? *evil laugh*
Okay2. Kena mula serius.
*Kerut dahi, mata tertumpu ke screen. Konon.*
Apa yang aku nak tulis sebenarnya aku pun tak pasti. Type. Delete. Type. Delete. Ya inilah dilema aku sekarang. Well, aku rasa macam nak share opinion aku tentang persepsi manusia.
I repeat, PERSEPSI MANUSIA.
*telan air liur*
Kita dan persepsi manusia dalam kehidupan ini memang tak mampu terpisah even kita paksa untuk memisahkannya. Sebagai contoh,
"Well, lantak la dia nak cakap apa pun. Ada aku kisah? *tangan di dada mata ke atas* "
atau pun,
"Hello,please excuse me. like i care? wasn't born to please others okaay! *flip shawl*"
Aku yakin dan pasti mesti semua orang dalam dunia ini akan rasa situasi yang kau rasa apa yang kau buat itu betul tapi ada insan lain yang tanpa angin tanpa hujan mahupun ribut serta taufan tiba-tiba beri teguran.
Kalau teguran itu dibuat secara berhemah, rasanya boleh kita terima even mesti terdetik "hekeleh amenda ah dia ni.". Tapi situasi akan jadi makin worst kalau orang yang memberi teguran itu main fire berapi direct kepada kita yang terpingga-pingga tak paham memasal.
*genggam tangan ketap gigi mata kelip laju terkebil-kebil nafas naik turun*
Persepsi aku,kau,dia dan mereka lain-lain. Ada yang rasa okay je. Ada yang rasa lebih baik hindar. Tak pun yang lebih mudah menghukum terus cakap "eh,haram la.".
Ya memang lain-lain. Namun, alangkah indahnya andai kelainan itu kita perhalusi atau harmonikan lagi sampai ia boleh menjadi satu idea baru yang lebih berguna dan boleh diaplikasi oleh mana-mana pihak?
(amboi ayat berbunga)
Well, bukan mudah nak memahamkan seseorang dengan pemahaman yang kita ada. Setiap manusia ada pendirian mereka sendiri. Jadi, adalah lebih molek jika kita menyampaikan idea mahupun ideologi kita itu tanpa dicampuri dengan niat untuk tunjuk siapa hebat siapa lambat.
Sejujurnya, aku suka andai ada insan yang gemar memberi teguran atau nak share idea tentang isu-isu kecil seperti macam mana nak bercakap dengan elok, macam mana nak berfesyen dengan menjaga aurat, macam mana nak bergaul antara lelaki dan perempuan ataupun isu sebesar pergolakkan ummah masa kini. But still menghormati pendapat orang lain.
Memberi teguran itu menunjukkan bahawa kau sayang kepada orang yang kau beri teguran. Namun jangan sampai disebabkan kesilapan cara memberi teguran itu akan menyebabkan orang yang ditegur itu makin memberontak serta membenci.
Sebab manusia ada hati dan perasaan.
Seperti dalam ayat Al-Quran, manusia disebut al-insaan karena dia sering menjadi pelupa sehingga diperlukan teguran dan peringatan. Perkataan "an-naas" digunakan untuk menunjukan sekelompok manusia baik dalam arti jenis atau sekelompok tertentu. Al-basyar, karena manusia cenderung perasa dan emosional.
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." [51:55]
Kesimpulannya, berilah peringatan kepada sesiapa sahaja yang kita rasa mungkin si dia terlupa atau teralpa. Betulkan persepsi mereka yang anda khuatiri tergelincir dari landasan yang benar. Namun, haruslah berhemah dalam memberikan teguran agar dia, mereka, kau serta aku mampu untuk merasai kenikmatan syurga nanti.
P/S: Tiada kena-mengena antara hidup dan mati. Sekadar coretan hati.
|
No comments:
Post a Comment