Hati saya.jiwa saya.perasaan saya.kemahuan saya.keinginan saya.ADALAH HAK SAYA.

Tuesday, March 18, 2014

21

Salam to all readers. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada-Mu Ya tuhanku. Terima Kasih tuhan kerana memberikan aku kebahagiaan. Terima kasih tuhan kerana memberikan aku rasa erti disayangi. Terima kasih tuhan kerana memberi aku mereka-mereka yang menghargai aku sebagai insan yang hadir sebahagian dalam hidup mereka. Terima Kasih Allah!

21. Dah 21. Ikut logik akal kalau time zaman-zaman nenek-nenek kita ni dah layak kahwin dah ni. Tapi kalau zaman ni, memang sejujurnya aku rasa tak mampu lagi. Nak urus diri pun terkontang-kanting inikan nak uruskan orang lain.

*telan air liur*

Dah 21. Angka yang agak tua sebenarnya. Rasanya dah tidak dibolehkan aku main kejar-kejar pakai penyapu, lompat dari meja ke meja, main tepuk-tampar, jadi geng bas sekolah, gelak golek-golek, menangis gedik tak terkata, mengharapkan semua orang punya, merajuk menyorok bawah meja, dan tak boleh selekeh seperti gambar di bawah. Tapi baju keronyok tudung tak keras jangan tegur ah. itu forever aku punya style.

*F1,KUSESS,2006. Kau ada? *

*sigh*

Semoga, umur 21 yang diberikan ini aku mampu gunakan semaksimanya. Ya. Aku sangat futur. Aku sangat rebellious. Aku mudah melatah apabila ditegur. Aku mudah membenci apabila disakiti. Ya. Aku sedar dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang tak reti penat memberikan teguran kepada aku.
Mungkin sekarang aku membenci teguran. Namun, aku akan merobah sedikit demi sedikit perangai buruk lapuk keanak-anakan aku itu.

*ehem2*

Okay. Macam emosi aku ini. ehei birthday aku mana boleh emosikan? Well, firstly thank you to izza najiha, Balqish dan Ratna serta konco-konconya yang bertungkus-lumus meniup belon sebanyak itu. Terima kasih juga atas pemberian kek sedap sangat. Terima kasih juga sebab bagi bear yang ada diamond di hidung itu. Katanya nak jadikan aku feminin sedikit. Ya. Kita tunggu dah lihat dua tiga tahun akan datang aku yang dulu bukanlah yang sekarang apatah lagi yang akan datang ya? :)


Secondly, a big big thanks to my forever love kawan sejati sampai mati InshaAllah jiran aku dalam syurga kelak, Syairah Ishak. Terima kasih awak sebab tulis pasal saya dalam blog awak. Terima kasih sebab curi gambar saya. Terima kasih sebab melayan kerenah saya sewaktu kita skype semalam. Terima kasih awak sebab sayang dekat saya sampai sekarang. Terima kasih awak sebab carikan bakal teman hidup saya di masa akan datang. EH? :p

Thirdly, terima kasih kepada mereka yang wish dekat facebook, twiddtah, instag mahupun sms. Ya. Terima kasih! esp mereka-mereka yang post gambar yang boleh buat orang heart attack tu.
*Izza i wonder when you amek gambar ni? honestly freak gila muka aku*

Fourthly, terima kasih kepada budak yang dekat mesir tu yang we chat sampai menyanyi lagi record suara tahula retiskan? ehei. Bro. seriously kalau aku ini baru kenal kau memang aku dah melting. tapi sebab kita anggap aku-kau sebagai bestie, memang tak la aku nak melting. yeah. terima kasih sebab sweet kononnya. aku tunggu parcel from mesir eh?

Kepada mereka yang sanggup menerima aku seadanya aku ucapkan terima kasih. Kerana aku bukan seperti mereka yang mampu merubah hidup mereka secara keseluruhannya. Kepada mereka yang sentiasa support aku dari belakang, aku ucapkan terima kasih juga. Sebab tanpa korang mungkin aku bukan Amiera yang sekarang. 
Hanya satu ayat yang mampu aku akui even aku malu sebab aku jarang betul mengaku dekat orang;
AKU SAYANG KORANG (:

*okay kesat air mata*



No comments:

Post a Comment