Hati saya.jiwa saya.perasaan saya.kemahuan saya.keinginan saya.ADALAH HAK SAYA.

Saturday, January 17, 2015

2015

Assalammualaikum dan hye people! okay kekok sikit nak start blogging since lama bebenor tinggalkan aktiviti cengini since entah tak tahu bila last.

   *taip.. padam.. taip... padam. ahh! tandus idea!*

okay-okay lemme think. aha! okay. generally aku dah masuk clinical year. and macam biasa, awal-awal aku eksited mengila sebab yuhuu akhirnya dah dapat jumpa real patient and dah dapat rasa macam mana life houseman. memang awal-awal dulu aku eksited start dari ICMP ( ala-ala introduction untuk bebudak yang bebaru masuk hospital untuk acah-acah jadi houseman). sapa tak happy and semangat berkobar-kobar bila inilah kali pertama kau pakai white coat lengan pendek (petanda kau senior dah sekarang) with stethoscope and pen torch. And kalau nak nampak power sikit bawak clerking board and buku bebesor. pergh! rasa extra power! 

*last day ICMP*

*okay riak. Astaghfirullah*

and i start my third year life dengan posting surgery. weh i love surgery honestly. senior cakap posting ni paling relax tahap kau sendiri tak tahu nak buat apa. tapi personally for me, tak serelax apa yang aku jangka. jangan beranganlah nak  mengeteh pepetang or pekena satu slice cheese cake SR ke apa ke. tak ada maknanya! still kena pergi ward seawal 6.30 am (sometimes kalau malas sikit pergi ward pukul 7 lah). and kelas usually end at 5 pm. aku paling happy kalau pagi tu turn aku masuk operation theater. even aku berdiri dekat tepi je pun untuk observe, aku still happy and eksited! and aku paling boring kalau turn kena pergi out patient department. i feel like stupidnya dekat sana! and to be truth, banyak aku belajar erti hidup masa posting surgery ni.

*last day in posting surgery*

1) Bersyukur atas nikmat sihat
aha. inilah benda yang paling2 aku banyak kali terpukul. ramai sangat patient dekat ward yang buat aku sentap kekedang. esp kalau dekat area acute. area acute memang patient yang tahap kena monitor sepanjang masa and ada yang pakai support machine untuk hidup. bila pikir balik, mesti dorang nak sangat sihat balik macam biasa, and to be honest, aku insaf :3

2) Bersedia dengan kematian
ah. yang part ni paling sedih, aku memang tak boleh nak tahan sebak kalau nampak houseman and nurses sedaya upaya try bagi life support inc CPR and DC shock dekat any patient. sedih tengok family patient yang tengah nazak. and sebak tengok houseman and nurses yang sedaya upaya try nak selamatkan patient. and dekat sini aku dapat satu tamparan yang kena sediakan diri untuk menghadap tuhan sebab ajal dan maut ditangannya!

okay itu antara part tarbiyah yang aku terima dari posting surgery tu. and sometimes aku pernah terdetik betapa hebatnya kuasa Allah yang mengerakkan hati dan akal manusia untuk cipta mesin-mesin or peralatan hospital untuk memudahkan misi menyelamatkan manusia yang sakit.

and now, aku dah masuk posting baru. posting obstetric and gynecology. okay bagi yang tak tahu abenda ni, generally its all about ibu bersalin dan permasalahan kesihatan wanita. (k awkward bila translate in malay). aku ada lagi 3 minggu untuk terus kuat dalam posting ini, even dah sebulan aku posting ni, jujur aku blur tahap amenda pun aku tak tahu. jujur for me, posting ini susah a bit compare to surgery since semua benda terlalu baru untuk aku. aku dah observe macam mana mama give birth either kena bedah or normal. and aku dah observe macam-macam jenis masalah penyakit wanita. ya. wanita memang agak rumit. need to be handle with care. and bila observe normal delivery, i got no feeling basically. but to be truth, our mom suffer a lot during labour. so, appreciate your mom people!

and from this posting, ada satu insiden yang buat aku rasa bahawa fahaman tentang agama tak berapa nak sampai dekat kita sebagai manusia akhir zaman. aku tak blame sesiapa but kita kena sedar yang masih banyak lagi orang memerlukan bimbingan agama. Unwanted pregnancy or even sexually active teenagers need our support esp about Islam. and daripada berbalah hal-hal kecik seperti jemaah ini jemaah itu or even hal-hal sekutu dengannya, baik give our full attention to this particular matter. nanti dekat akhirat kena tanya apa dah kita buat tak tahu nak jawab apa. :3

i don't blame those teenagers yang dah terlanjur dekat luar sana, but i  do blame myself and others yang faham tentang agama but instead of doing something, we prefer to do nothing. ibarat kubur kau, kau punya hal. kubur aku, aku punya hal. and sometimes i felt useless since aku tak mampu nak buat apa-apa or even bagi nasihat dekat adik-adik ini. i felt extra useless since i know her current problem but i don't dare to do anything.

and one more thing, i do felt a lil bit disappointed about the way dakwah yang dilakukan oleh sesetengah pihak masa kini. Cacian makian or even bukak aib mereka-mereka yang bersalah tak patut berlaku. and jujur, even aku tak bersuara or even komen about kesilapan or ketelanjuran one of my patient, she all of sudden felt being judged by the society. aku terpaksa ambil masa yang lama sikit untuk hilangkan persepsi this patient and nak hilangkan awkwardness between us. see? even aku tak buat apa-apa pun mereka-mereka ini rasa being judged, apa lagilah perasaan mereka-mereka yang dibuka dan disebarkan aib dekat pencicit or even fesbuk?
THINK PEOPLE THINK!

yes. dakwah itu ada masa perlu lembut perlu keras. but the main thing is, think before you buat something even though itu benda baik. ingat, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. 

"TERKADANG NIAT YANG BAIK TIDAK DISAMBUT DENGAN BAIK HANYA KERANA IA DISAMPAIKAN DENGAN CARA YANG KURANG BAIK"

till then! bye! assalam (:

*spread the love people!

No comments:

Post a Comment