Assalamualaikum to all readers.Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan nikmat kurnianya aku yang si dasar pemalas ni tiba2 dirajinkan untuk menaip keyboard2 lappy kesayangan ini.
InsyaAllah pada hari ini,(eceeehh skema pulak ayat) nak share sikit la tentang pengalaman aku mula2 masuk usrah.em,apa itu usrah? adakah usrah itu sama seperti time kita sekolah dulu? alahai yang ada kuliah tiga minit(kultig) tak pun kuliah jumaat tu ke? sama ke sama ke?
*angkat kening*
okey,usrah time uni and time sekolah dulu jaouh sekali perbezaannya,jika dulu kita hanya berusrah untuk hal2 seperti puasa,solat jemaah tak pun paling biasa pun isu couple2 yang ta pernah ada penamatnya itu.kadang2 naik bosan tahu mak ngah oi.
*geleng2 kepala*
Usrah time uni ni Alhamdulillah telah membuka mata aku yang secara kasarnya tak rabun tapi secara dalamannya telah lama dikaburi dengan kejahilan duniawi.Usrah time uni ni jugak sudah berjaya membuka pintu hati aku yang dah berkarat tahap karat 345 yang agak2 berkurun 15 lamanya. *sentaap*
First time join usrah uni ni after aku a week orentasi."ehh ada akak senior tu ajak jumpa la kat SPU(sekolah perubatan universiti)." ohhh okay la.nak kenal jugak senior2 medic aku ni.
sampai2 je sana,ternganga mulut aku terbukak yang tahap mandible tak boleh nak tutup tengok keayuan akak2 senior aku.CANTIK AND AYU.pakai tudung labuh,handsock,skin sock.lembut approach.aku nak jadi macam itu.tapi layakkah aku?
*termenung jauhhh*
setelah beberapa kali aku ke usrah,memang la ada je masa aku rasa terpaksa."sibuk ah usrah ni.aku dah ah medik student.banyak lagi tak study kot." haihh menggeluh panjang.
pernah jugak aku tipu murabbiah aku.aku cakap aku ada hal,padahal malam tu aku pergi shopping mall ngan kawan2.al maklumlah medic student ni pantang dapat masa free.nak release tension la katakan.
sampailah satu malam tu,aku taddabur ayat al-quran sorang2.tiba2 sentap.aku termakan dalam apabila ada sepotong ayat Al-quran yang betul2 terpanah hati aku.
*ouchhhh*
Start from that moment la aku sedar bahawa aku telah lama hanyut dan hanyut dengan kejahilan duniawi.aku telah dilalaikan dengan duniawi.
*nangis*
and start from that moment lah aku bertekad nak berubah.BERUBAH SEGALANYA.
tapi,kalau berubah secara drastik kalau tiba2 tak jadi lagi terukkan?
yap.setuju,tapi,kalau Allah tarik kesedaran kita itu macam mana?
*tergamam*
and soalan lazim yang berlari2 anak di fikiran aku ni, "aku ni medic student.kalau dok sebok dengan dakwah and tarbiyyah ni tak ganggu study ke cik kak?"
INSYAALLAH.sesungguhnya Allah telah berfirman bahawa barangsiapa yang menolong agamanya,nescaya DIA akan menolong kita kembali.
YAKIN! Allah maha Adil (:
jazakkilah :)
No comments:
Post a Comment