Hati saya.jiwa saya.perasaan saya.kemahuan saya.keinginan saya.ADALAH HAK SAYA.

Saturday, January 17, 2015

2015

Assalammualaikum dan hye people! okay kekok sikit nak start blogging since lama bebenor tinggalkan aktiviti cengini since entah tak tahu bila last.

   *taip.. padam.. taip... padam. ahh! tandus idea!*

okay-okay lemme think. aha! okay. generally aku dah masuk clinical year. and macam biasa, awal-awal aku eksited mengila sebab yuhuu akhirnya dah dapat jumpa real patient and dah dapat rasa macam mana life houseman. memang awal-awal dulu aku eksited start dari ICMP ( ala-ala introduction untuk bebudak yang bebaru masuk hospital untuk acah-acah jadi houseman). sapa tak happy and semangat berkobar-kobar bila inilah kali pertama kau pakai white coat lengan pendek (petanda kau senior dah sekarang) with stethoscope and pen torch. And kalau nak nampak power sikit bawak clerking board and buku bebesor. pergh! rasa extra power! 

*last day ICMP*

*okay riak. Astaghfirullah*

and i start my third year life dengan posting surgery. weh i love surgery honestly. senior cakap posting ni paling relax tahap kau sendiri tak tahu nak buat apa. tapi personally for me, tak serelax apa yang aku jangka. jangan beranganlah nak  mengeteh pepetang or pekena satu slice cheese cake SR ke apa ke. tak ada maknanya! still kena pergi ward seawal 6.30 am (sometimes kalau malas sikit pergi ward pukul 7 lah). and kelas usually end at 5 pm. aku paling happy kalau pagi tu turn aku masuk operation theater. even aku berdiri dekat tepi je pun untuk observe, aku still happy and eksited! and aku paling boring kalau turn kena pergi out patient department. i feel like stupidnya dekat sana! and to be truth, banyak aku belajar erti hidup masa posting surgery ni.

*last day in posting surgery*

1) Bersyukur atas nikmat sihat
aha. inilah benda yang paling2 aku banyak kali terpukul. ramai sangat patient dekat ward yang buat aku sentap kekedang. esp kalau dekat area acute. area acute memang patient yang tahap kena monitor sepanjang masa and ada yang pakai support machine untuk hidup. bila pikir balik, mesti dorang nak sangat sihat balik macam biasa, and to be honest, aku insaf :3

2) Bersedia dengan kematian
ah. yang part ni paling sedih, aku memang tak boleh nak tahan sebak kalau nampak houseman and nurses sedaya upaya try bagi life support inc CPR and DC shock dekat any patient. sedih tengok family patient yang tengah nazak. and sebak tengok houseman and nurses yang sedaya upaya try nak selamatkan patient. and dekat sini aku dapat satu tamparan yang kena sediakan diri untuk menghadap tuhan sebab ajal dan maut ditangannya!

okay itu antara part tarbiyah yang aku terima dari posting surgery tu. and sometimes aku pernah terdetik betapa hebatnya kuasa Allah yang mengerakkan hati dan akal manusia untuk cipta mesin-mesin or peralatan hospital untuk memudahkan misi menyelamatkan manusia yang sakit.

and now, aku dah masuk posting baru. posting obstetric and gynecology. okay bagi yang tak tahu abenda ni, generally its all about ibu bersalin dan permasalahan kesihatan wanita. (k awkward bila translate in malay). aku ada lagi 3 minggu untuk terus kuat dalam posting ini, even dah sebulan aku posting ni, jujur aku blur tahap amenda pun aku tak tahu. jujur for me, posting ini susah a bit compare to surgery since semua benda terlalu baru untuk aku. aku dah observe macam mana mama give birth either kena bedah or normal. and aku dah observe macam-macam jenis masalah penyakit wanita. ya. wanita memang agak rumit. need to be handle with care. and bila observe normal delivery, i got no feeling basically. but to be truth, our mom suffer a lot during labour. so, appreciate your mom people!

and from this posting, ada satu insiden yang buat aku rasa bahawa fahaman tentang agama tak berapa nak sampai dekat kita sebagai manusia akhir zaman. aku tak blame sesiapa but kita kena sedar yang masih banyak lagi orang memerlukan bimbingan agama. Unwanted pregnancy or even sexually active teenagers need our support esp about Islam. and daripada berbalah hal-hal kecik seperti jemaah ini jemaah itu or even hal-hal sekutu dengannya, baik give our full attention to this particular matter. nanti dekat akhirat kena tanya apa dah kita buat tak tahu nak jawab apa. :3

i don't blame those teenagers yang dah terlanjur dekat luar sana, but i  do blame myself and others yang faham tentang agama but instead of doing something, we prefer to do nothing. ibarat kubur kau, kau punya hal. kubur aku, aku punya hal. and sometimes i felt useless since aku tak mampu nak buat apa-apa or even bagi nasihat dekat adik-adik ini. i felt extra useless since i know her current problem but i don't dare to do anything.

and one more thing, i do felt a lil bit disappointed about the way dakwah yang dilakukan oleh sesetengah pihak masa kini. Cacian makian or even bukak aib mereka-mereka yang bersalah tak patut berlaku. and jujur, even aku tak bersuara or even komen about kesilapan or ketelanjuran one of my patient, she all of sudden felt being judged by the society. aku terpaksa ambil masa yang lama sikit untuk hilangkan persepsi this patient and nak hilangkan awkwardness between us. see? even aku tak buat apa-apa pun mereka-mereka ini rasa being judged, apa lagilah perasaan mereka-mereka yang dibuka dan disebarkan aib dekat pencicit or even fesbuk?
THINK PEOPLE THINK!

yes. dakwah itu ada masa perlu lembut perlu keras. but the main thing is, think before you buat something even though itu benda baik. ingat, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. 

"TERKADANG NIAT YANG BAIK TIDAK DISAMBUT DENGAN BAIK HANYA KERANA IA DISAMPAIKAN DENGAN CARA YANG KURANG BAIK"

till then! bye! assalam (:

*spread the love people!

Tuesday, March 18, 2014

21

Salam to all readers. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada-Mu Ya tuhanku. Terima Kasih tuhan kerana memberikan aku kebahagiaan. Terima kasih tuhan kerana memberikan aku rasa erti disayangi. Terima kasih tuhan kerana memberi aku mereka-mereka yang menghargai aku sebagai insan yang hadir sebahagian dalam hidup mereka. Terima Kasih Allah!

21. Dah 21. Ikut logik akal kalau time zaman-zaman nenek-nenek kita ni dah layak kahwin dah ni. Tapi kalau zaman ni, memang sejujurnya aku rasa tak mampu lagi. Nak urus diri pun terkontang-kanting inikan nak uruskan orang lain.

*telan air liur*

Dah 21. Angka yang agak tua sebenarnya. Rasanya dah tidak dibolehkan aku main kejar-kejar pakai penyapu, lompat dari meja ke meja, main tepuk-tampar, jadi geng bas sekolah, gelak golek-golek, menangis gedik tak terkata, mengharapkan semua orang punya, merajuk menyorok bawah meja, dan tak boleh selekeh seperti gambar di bawah. Tapi baju keronyok tudung tak keras jangan tegur ah. itu forever aku punya style.

*F1,KUSESS,2006. Kau ada? *

*sigh*

Semoga, umur 21 yang diberikan ini aku mampu gunakan semaksimanya. Ya. Aku sangat futur. Aku sangat rebellious. Aku mudah melatah apabila ditegur. Aku mudah membenci apabila disakiti. Ya. Aku sedar dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang tak reti penat memberikan teguran kepada aku.
Mungkin sekarang aku membenci teguran. Namun, aku akan merobah sedikit demi sedikit perangai buruk lapuk keanak-anakan aku itu.

*ehem2*

Okay. Macam emosi aku ini. ehei birthday aku mana boleh emosikan? Well, firstly thank you to izza najiha, Balqish dan Ratna serta konco-konconya yang bertungkus-lumus meniup belon sebanyak itu. Terima kasih juga atas pemberian kek sedap sangat. Terima kasih juga sebab bagi bear yang ada diamond di hidung itu. Katanya nak jadikan aku feminin sedikit. Ya. Kita tunggu dah lihat dua tiga tahun akan datang aku yang dulu bukanlah yang sekarang apatah lagi yang akan datang ya? :)


Secondly, a big big thanks to my forever love kawan sejati sampai mati InshaAllah jiran aku dalam syurga kelak, Syairah Ishak. Terima kasih awak sebab tulis pasal saya dalam blog awak. Terima kasih sebab curi gambar saya. Terima kasih sebab melayan kerenah saya sewaktu kita skype semalam. Terima kasih awak sebab sayang dekat saya sampai sekarang. Terima kasih awak sebab carikan bakal teman hidup saya di masa akan datang. EH? :p

Thirdly, terima kasih kepada mereka yang wish dekat facebook, twiddtah, instag mahupun sms. Ya. Terima kasih! esp mereka-mereka yang post gambar yang boleh buat orang heart attack tu.
*Izza i wonder when you amek gambar ni? honestly freak gila muka aku*

Fourthly, terima kasih kepada budak yang dekat mesir tu yang we chat sampai menyanyi lagi record suara tahula retiskan? ehei. Bro. seriously kalau aku ini baru kenal kau memang aku dah melting. tapi sebab kita anggap aku-kau sebagai bestie, memang tak la aku nak melting. yeah. terima kasih sebab sweet kononnya. aku tunggu parcel from mesir eh?

Kepada mereka yang sanggup menerima aku seadanya aku ucapkan terima kasih. Kerana aku bukan seperti mereka yang mampu merubah hidup mereka secara keseluruhannya. Kepada mereka yang sentiasa support aku dari belakang, aku ucapkan terima kasih juga. Sebab tanpa korang mungkin aku bukan Amiera yang sekarang. 
Hanya satu ayat yang mampu aku akui even aku malu sebab aku jarang betul mengaku dekat orang;
AKU SAYANG KORANG (:

*okay kesat air mata*



Saturday, March 15, 2014

Persepsi

Salam to all readers. Semoga kita senantiasa berada di antara mereka yang mendapat pandangan belas-kasih dari-Nya. Semoga. Mari kita bersama merenung sejenak, ambil masa seminit untuk refleks diri kita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita serta reaksi kita dalam menghadapi perkara yang didatangkan khas dari-Nya untuk menguji hamba-Nya di muka bumi ini. Ya. Ujian dan cabaran itu adalah sebahagian dari kehidupan kita. Mereka yang kehidupannya tanpa arus naik serta turun adalah TIDAK NORMAL. 
*tarik nafas, hembus, tarik serta hembus kembali*
Okay, over tak intro? melampau kalah karangan SPM 2010 yang aku karang dahulu. Kepada mereka yang masih setia membaca coretan hampas aku, terima kasih aku ucapkan. Kepada mereka yang tiba-tiba terstalk blog ini, well, thank you too. Kepada mereka yang sudah mula nak terlintas mengutuk blog ini even sekecil typo, aku sarankan tekan button 'x' sebab dikhuatiri anda akan dapat dosa kering.
Takut tak? *evil laugh*
Okay2. Kena mula serius.
*Kerut dahi, mata tertumpu ke screen. Konon.*
Apa yang aku nak tulis sebenarnya aku pun tak pasti. Type. Delete. Type. Delete. Ya inilah dilema aku sekarang. Well, aku rasa macam nak share opinion aku tentang persepsi manusia.
I repeat, PERSEPSI MANUSIA.
*telan air liur*
Kita dan persepsi manusia dalam kehidupan ini memang tak mampu terpisah even kita paksa untuk memisahkannya. Sebagai contoh, 
"Well, lantak la dia nak cakap apa pun. Ada aku kisah? *tangan di dada mata ke atas* "
atau pun,
"Hello,please excuse me. like i care? wasn't born to please others okaay! *flip shawl*"
Aku yakin dan pasti mesti semua orang dalam dunia ini akan rasa situasi yang kau rasa apa yang kau buat itu betul tapi ada insan lain yang tanpa angin tanpa hujan mahupun ribut serta taufan tiba-tiba beri teguran.
Kalau teguran itu dibuat secara berhemah, rasanya boleh kita terima even mesti terdetik "hekeleh amenda ah dia ni.". Tapi situasi akan jadi makin worst kalau orang yang memberi teguran itu main fire berapi direct kepada kita yang terpingga-pingga tak paham memasal. 
*genggam tangan ketap gigi mata kelip laju terkebil-kebil nafas naik turun*
Persepsi aku,kau,dia dan mereka lain-lain. Ada yang rasa okay je. Ada yang rasa lebih baik hindar. Tak pun yang lebih mudah menghukum terus cakap "eh,haram la.".
Ya memang lain-lain. Namun, alangkah indahnya andai kelainan itu kita perhalusi atau harmonikan lagi sampai ia boleh menjadi satu idea baru yang lebih berguna dan boleh diaplikasi oleh mana-mana pihak?
(amboi ayat berbunga)
Well, bukan mudah nak memahamkan seseorang dengan pemahaman yang kita ada. Setiap manusia ada pendirian mereka sendiri. Jadi, adalah lebih molek jika kita menyampaikan idea mahupun ideologi kita itu tanpa dicampuri dengan niat untuk tunjuk siapa hebat siapa lambat.
Sejujurnya, aku suka andai ada insan yang gemar memberi teguran atau nak share idea tentang isu-isu kecil seperti macam mana nak bercakap dengan elok, macam mana nak berfesyen dengan menjaga aurat, macam mana nak bergaul antara lelaki dan perempuan ataupun isu sebesar pergolakkan ummah masa kini. But still menghormati pendapat orang lain.
Memberi teguran itu menunjukkan bahawa kau sayang kepada orang yang kau beri teguran. Namun jangan sampai disebabkan kesilapan cara memberi teguran itu akan menyebabkan orang yang ditegur itu makin memberontak serta membenci.
Sebab manusia ada hati dan perasaan.
Seperti dalam ayat Al-Quran, manusia disebut al-insaan karena dia sering menjadi pelupa sehingga diperlukan teguran dan peringatan. Perkataan "an-naas" digunakan untuk menunjukan sekelompok manusia baik dalam arti jenis atau sekelompok tertentu. Al-basyar, karena manusia cenderung perasa dan emosional.
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." [51:55]

Kesimpulannya, berilah peringatan kepada sesiapa sahaja yang kita rasa mungkin si dia terlupa atau teralpa. Betulkan persepsi mereka yang anda khuatiri tergelincir dari landasan yang benar. Namun, haruslah berhemah dalam memberikan teguran agar dia, mereka, kau serta aku mampu untuk merasai kenikmatan syurga nanti.
P/S: Tiada kena-mengena antara hidup dan mati. Sekadar coretan hati.

Tuesday, October 22, 2013

JATUH DAN BANGKIT

Assalamualaikum.
fuhh~ 
*tiup-tiup blog yang sekian lama tak dijenguk dan diberi sentuhan karya ikhlas dari hati*
Alhamdulillah. Syukur kerana aku masih lagi bernafas. Otak dan anggota badan aku masih lagi berfungsi dengan sempurna. terima kasih Ya Allah. Engkau sangat sweet. Even aku ini nakal, malaih, ketegaq, degil dan futur, engkau masih lagi memancarkan kasih-sayangmu kepadaku.
 (T_T) *tunduk malu*

Asif lama tak update blog. Dalam keadaan yang kucar- kacir yang serba- serbi tak kena. Yang kadang-kadang mencaci lagi mengherdik terherdik terhina. Keadaan yang huru-hara. Gelak-ketawa nangis berlinangan air mata.
k hyperbola. ehem. serious.
kali ini aku nak sentuh perihal jatuh dan bangun. jatuh dan bangun macam mana agaknya? adakah jatuh tersadung kaki sendiri akibat eksited nak berjemah dengan kawan dan bangkit akibat malu segan ramai nampak? ohoi. tidak. bukan itu.
Jatuh dan bangkit kali ini berkaitan dengan iman. selalu kan anda semua dengan yang iman kita ini surut dan naik? apa? tak pernah dengar? amboi pandai nak melawak sekarang.
yap. Iman. Ramai orang cakap "wah, makin beriman lah dia. tudung labuh. handsock. stokin lagi." ini kisah bagi bagi akhwat. "em, hensome dia sekarang. makin waraq. suci je aku tengok muka dia. berjanggut" ini pula kisah ikwah.
akak-akak adik-adik manis beriman sekalian, iman kita itu tidak boleh diukur dengan pakaian sahaja. memang benar. pakaian taqwa itu adalah pakaian yang terbaik. Namun, tak semestinya orang yang berpakaian sebegitu imannya sentiasa tinggi. mustahil. yap. sebab manusia ini tidak akan beriman selagi mana dia tak diuji imannya.
“Apakah kalian mengira bahwa kalian akan masuk ke dalam surga, padahal belum datang kepada kalian (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam goncangan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.” (QS. Al Baqarah : 214)
Makin seseorang itu cuba untuk mengubah dirinya untuk taat dan beriman kepada Yang Maha Pencipta, semakin banyak dan hebat ujian yang bakal dihadapi olehnya.
Justeru, adalah tidak syak dan tidak salah lagi andai saya berkata yang iman semua manusia di dunia ini ada jatuh dan bangkitnya.
andai iman kita jatuh, jatuh gedebuk tergolek-golek dan kita tiba-tiba tersedar akan hal itu, cepat-cepat istighfar. lari pergi berwudhu dan solat sunat taubat. Mohon pengampunan dari Allah. mengadu. berceritalah kepada Allah. sebab, Allah tak pernah abaikan doa-doa hambanya (:
Jangan jadikan diri kita ini sebagai golongan yang dah awal2 lagi tempah tiket untuk hidup kekal abadi di neraka yang nauzubillah panasnya. Selagi ada masa, selagi ada kesempatan, bertaubatlah.
dan jadikan muhasabah diri itu sebagai rutin harian hidup kita. ambillah masa 2-3 minit. renung kembali apa yang telah kita laksanakan. refresh niat kita. dan lihat kembali tujuan hidup kita.
“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi, dan Dia mengangkat derajat sebagian kamu diatas yang lain, untuk mengujimu atas (kurnia) yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat member hukuman, dan sungguh, Dia Maha pengampun, Maha penyayang .” [Al-An-‘Am: 165]

Wallahualam. Ke arah mengejar kesengan hidup yang abadi :)

Sunday, March 24, 2013

cahaya kehidupan baru (:

Assalamualaikum to all readers.Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan nikmat kurnianya aku yang si dasar pemalas ni tiba2 dirajinkan untuk menaip keyboard2 lappy kesayangan ini.
InsyaAllah pada hari ini,(eceeehh skema pulak ayat) nak share sikit la tentang pengalaman aku mula2 masuk usrah.em,apa itu usrah? adakah usrah itu sama seperti time kita sekolah dulu? alahai yang ada kuliah tiga minit(kultig) tak pun kuliah jumaat tu ke? sama ke sama ke? 
*angkat kening*
okey,usrah time uni and time sekolah dulu jaouh sekali perbezaannya,jika dulu kita hanya berusrah untuk hal2 seperti puasa,solat jemaah tak pun paling biasa pun isu couple2 yang ta pernah ada penamatnya itu.kadang2 naik bosan tahu mak ngah oi. 
*geleng2 kepala*
Usrah time uni ni Alhamdulillah telah membuka mata aku yang secara kasarnya tak rabun tapi secara dalamannya telah lama dikaburi dengan kejahilan duniawi.Usrah time uni ni jugak sudah berjaya membuka pintu hati aku yang dah berkarat tahap karat 345 yang agak2 berkurun 15 lamanya. *sentaap*
First time join usrah uni ni after aku a week orentasi."ehh ada akak senior tu ajak jumpa la kat SPU(sekolah perubatan universiti)." ohhh okay la.nak kenal jugak senior2 medic aku ni.
sampai2 je sana,ternganga mulut aku terbukak yang tahap mandible tak boleh nak tutup tengok keayuan akak2 senior aku.CANTIK AND AYU.pakai tudung labuh,handsock,skin sock.lembut approach.aku nak jadi macam itu.tapi layakkah aku? 
*termenung jauhhh*
setelah beberapa kali aku ke usrah,memang la ada je masa aku rasa terpaksa."sibuk ah usrah ni.aku dah ah medik student.banyak lagi tak study kot." haihh menggeluh panjang.
pernah jugak aku tipu murabbiah aku.aku cakap aku ada hal,padahal malam tu aku pergi shopping mall ngan kawan2.al maklumlah medic student ni pantang dapat masa free.nak release tension la katakan.
sampailah satu malam tu,aku taddabur ayat al-quran sorang2.tiba2 sentap.aku termakan dalam apabila ada sepotong ayat Al-quran yang betul2 terpanah hati aku.
*ouchhhh*
Start from that moment la aku sedar bahawa aku telah lama hanyut dan hanyut dengan kejahilan duniawi.aku telah dilalaikan dengan duniawi.
*nangis*
and start from that moment lah aku bertekad nak berubah.BERUBAH SEGALANYA.
tapi,kalau berubah secara drastik kalau tiba2 tak jadi lagi terukkan?
yap.setuju,tapi,kalau Allah tarik kesedaran kita itu macam mana?
*tergamam*
and soalan lazim yang berlari2 anak di fikiran aku ni, "aku ni medic student.kalau dok sebok dengan dakwah and tarbiyyah ni tak ganggu study ke cik kak?"
INSYAALLAH.sesungguhnya Allah telah berfirman bahawa barangsiapa yang menolong agamanya,nescaya DIA akan menolong kita kembali.
YAKIN! Allah maha Adil (:
jazakkilah :)

Friday, January 18, 2013

terpana :3

salam to all readers.harap anda semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah.Alhamdulillah,tamat sudah final exam saya untuk first semester as a medic student.yap.banyak cabaran,rintangan dugaan,suka,duka.syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya saya masih lagi diberi kekuatan mental dan fizikal :)
to be frank, jadi medic stud ni banyak sgt cabaran dan rintangan.stress study,assignments,homesicks semua bercampur baur.
namun,walauapapun yang kita lakukan,ketahuilah wahai sahabat dan teman,sentiasalah BETULKAN niat anda.sesungguhnya kita hanyalah manusia biasa yang terlalu mudah lalai dan alpa.yap.memang,time first time ada insan yang menasihatkan saya "ya ukhti,perbetulkanlah niat study anda.sebab memang kita rasa niat kita kerana Allah,tapi sejauh manakah kebenarannya itu?"
kita stress study, kita menangis sebab tension,tapi sebanyak manakah air mata kita ini tumpah untuk ilahi?
pada mulanya,saya sendiri bermonolog sendiri "hekleh,memang ah korg ckp macam tuh.korang dah nak jadi HO."
tapi,bila saya hayati tafsir2 Al-quran,yah,terlalu banyak saya leka dengan urusan duniawi.
MAHU DEAN LIST.tapi DEAN LIST untuk akhirat hancus.
saya bukanlah seorang insan yang hebat tentang agama.namun,saya bersyukur sebab Allah memberikan hidayah kepada diri ini untuk berubah secara perlahan2.
ALHAMDULILLAH :)
*ayuh cemerlangkan result duniawi and akhirat*

Wednesday, December 26, 2012

study & pray hard :)

salam to all readers.
my final sgt2 lah dekat sekarang ni.
saya cuak.cuak.cuak.
tak habis study lagi.
god,bila tgk past years yang seniors buat,
menggeletar ni
WHY?
sebab how la mereka boleh mengarang tajuk ETHNOMEDICINE macam buat essay "what is your ambitions" time kita kecik2 dulu 
kahkahkah -____-
YA ALLAH BANTULAH AKU
esok saya ada OSCE (oriented skill clinical examination )
esok main stethoscope maybe?or even doing some venipunturing.
aku harap aku tak kena amek suppliment
tak nak.memang nak DEAN'S LIST
but kalau takde rezeki aku redha
k,doakan saya okey.
BM12110004 InsyaAllah boleh :)
take care love!